
Kisah Pelaburan Saya
Securities Industry Development Corporation (SIDC) telah menganjurkan pertandingan mengarang esei bertajuk ‘Kisah Pelaburan Saya’ yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelabur berkongsi pengalaman pelaburan mereka. Kami paparkan esei pemenang pertandingan tersebut, Gan Hong Leong dari Bentong, Pahang.
“Pelaburan paling bijak adalah apabila ia seumpama perniagaan-Investment is most intelligent when it is most businesslike”
Prinsip ini diajar oleh Benjamin Graham, yang dikenali sebagai bapa kepada pelaburan nilai (value investing) kepada Warran Buffet. Berdasarkan prinsip ini, Warran Buffet melabur dalam dalam pasaran saham dan kini, beliau adalah orang yang kedua terkaya di dunia. Belajarlah daripada beliau, belajarlah daripada kejayaan beliau dan anda juga boleh berjaya.
Pasaran saham adalah suatu yang sangat asing bagi saya ketika saya mula melabur. Ketika itu pada tahun 1960 dan saya berusia 21 tahun. Pada masa itu, saya hanyalah seorang pelajar yang tidak tahu apa-apa berkenaan pasaran saham. Selagi mana harganya rendah, saya akan menganggapnya murah. Saham terkurang nilai (undervalued stocks), saham harga wajar (fairly-priced stocks) dan saham terlebih nilai (overvalued stocks), semuanya sama sahaja kepada saya.
Walaubagaimanapun, saya bernasib baik kerana saya mengamalkan prinsip untuk membeli saham yang berupaya memberikan kadar dividen yang baik. Strategi saya ialah untuk menjual apabila saya telah memperolehi keuntungan modal melebihi 50%. Begitulah cara pelaburan saya dan saya dapati ianya memang menguntungkan. Saya tidak sedar yang saya sebenarnya membeli saham yang mempunyai asas yang kukuh pada harga yang wajar. Mungkin strategi pelaburan saya adalah “seumpama perniagaan”, sepertimana cara Waran Buffet melabur.
Pada bulan April 1993, pasaran saham Malaysia mengalami “super bull run” atau “pasaran bul/pasaran naik”. Daripada serendah 645 mata, Indeks Komposit BSKL mencapai mata tertinggi pernah dicatatkan iaitu 1332 mata. Pelbagai spekulasi dibuat dan harga saham naik mendadak. Begitu banyak aktiviti di pasaran. Jika ingin mendapatkan tempat duduk untuk melihat pasaran di syarikat broker, anda perlu beratur seawal jam 7.30 pagi! Semua orang, dimana-mana pelusuk pun bercakap mengenai saham. Tidak ada yang rugi. Semua orang membuat keuntungan. Saya menjual ketika penghujung pasaran bul dan mendapat ‘durian runtuh’.
Pada Februari 1997, nilai portfolio pelaburan saya meningkat kepada RM3,000,000 berbanding RM48,000 pada 20 tahun yang lalu.
Pada ketika itu, saya bukanlah pelabur yang sudah arif dan tahu secara mendalam mengenai pasaran saham. Tahun 1997 dan 1998 adalah tahun yang menghantui para pelabur seperti saya. Ketika itu, Indeks Komposit BSKL adalah pada 1279 mata pada Februari 2007. Saya membeli saham sebuah syarikat yang diniagakan di papan utama pada harga RM15 sesaham pada awal tahun 1997. Namun, pada bulan Ogos 1997, harganya jatuh kepada RM7.70 sesaham.
Setelah saya membeli pada harga tersebut, harganya terus merudum. Bertentangan dengan prinsip pelaburan bijak, saya terus membeli saham itu ketika harganya berterusan jatuh dan jatuh. Pada November 1997, harganya ialah cuma RM1.83. Saya ingat ia akan berhenti di situ, tetapi malangnya harganya terus menjunam. Pada Ogos 1998, harganya cuma 40.5 sen sesaham.
Sementara itu, portfolio pelaburan saya telah menjunam daripada RM3,000,000 kepada cuma RM50,000. Tiba-tiba, saya tersedar yang pembelian saham dalam aliran yang menurun dan terus bertahan dengan saham yang jatuh berterusan adalah tindakan yang sangat-sangat bodoh! Saya kemudiannya berpegang kepada pepatah “Never catch a falling dagger!”.
Setelah pengenalan dasar kawalan modal pada September 1998, ekonomi negara kembali pulih perlahan-lahan. Ketika itu, saya telah menjadi lebih bijak, setelah mempelajari asas, fundamental dan analisis teknikal. Pelaburan saya mula menjadi bijak dan bersifat “seumpama perniagaan”.
Pada April 2001, saya mula membeli saham-saham berdasarkan fundamental. Saya memilih syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik dan mempunyai potensi besar untuk berkembang. Jika ia membayar dividen yang baik dan syarikat itu terkurang nilai, saya terus memegang saham syarikat tersebut.
Pada September 2003, harga saham yang saya beli telah meningkat dan bersama dengan dividen yang diterima, saya sekali lagi mendapat ‘durian runtuh’.
* Kata-Kata Nasihat *
Kepada semua pelabur dan spekulator, inilah nasihat saya:
“Sentiasalah berpegang kepada prinsip nilai kepada wangElakkan membeli ketika aliran menurunJadikan corak pasaran sebagai panduanIkutlah ia sampai bila-bila
Jangan memegang saham yang rugiNasihat saya, kurangkan kerugian anda segera Jangan sia-siakan jika anda memperolehi peluang yang menguntungkanJangan jual terlalu awal, biarkan ia berterusan
Saham yang tidak popular dan terkurang nilai kurang menjadi pilihanBiasanya, saham popularlah yang akan menjadi tumpuanJika anda mahu, anda boleh ikut tindakan orang lain Berhati-hatilah, kerana anda mungkin jatuh dan menanggung kerugian
Pasaran saham adalah sangat menarik ketika dipuncakPastikan anda mengambil untung anda sebelum ia sempat jatuhJuallah saham anda ketika anda betul-betul sukakannyaAmbil keuntungan anda dan biarkan urusniaga ditamatkan
Beli saham apabila jumlah transaksi adalah pada kadar terendahKerana pasaran kemudiannya akan kelihatan sangat tidak menarikPelabur(investor)perlu membeli ketika harganya rendah dan menjual ketiga harganya tinggiPeniaga (trader) pula membeli ketika harganya tinggi dan pastikan anda menjualnya pada harga yang lebih tinggi
Suatu hari nanti, anda akan faham apa yang saya maksudkanPada ketika itu, anda adalah’pakar’ pasaran saham”
Kejayaan dalam apa-apa bidangpun memerlukan usaha. Begitu juga dengan pasaran saham. Untuk berjaya, pastikan anda mempunyai pengetahuan dan bijak menyusun strategi, berdisiplin untuk menjalankan pelan pelaburan anda, sabar, tabah dalam menghadapi dugaan, mempunyai modal yang mencukupi dan yang paling penting sekali, mempunyai keinginan untuk berjaya. Demikianlah ciri-ciri peniaga yang berjaya dan amalkan nasihat Benjamin Graham tadi.
“Melaburlah dengan Ilmu” kerana ia akan memberikan dividen yang terbaik. Inilah falsafah pelaburan saya.
Penolak Tuntutan (disclaimer): Sebarang pendapat yang diberikan dalam artikel ini adalah kepunyaan penulis sepenuhnya.
1 comment:
Satu lagi peluang berniaga kat sini
Post a Comment