Saturday, October 18, 2008

Kisah Pelaburan Saya



Kisah Pelaburan Saya


Securities Industry Development Corporation (SIDC) telah menganjurkan pertandingan mengarang esei bertajuk ‘Kisah Pelaburan Saya’ yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelabur berkongsi pengalaman pelaburan mereka. Kami paparkan esei pemenang pertandingan tersebut, Gan Hong Leong dari Bentong, Pahang.


“Pelaburan paling bijak adalah apabila ia seumpama perniagaan-Investment is most intelligent when it is most businesslike”
Prinsip ini diajar oleh Benjamin Graham, yang dikenali sebagai bapa kepada pelaburan nilai (value investing) kepada Warran Buffet. Berdasarkan prinsip ini, Warran Buffet melabur dalam dalam pasaran saham dan kini, beliau adalah orang yang kedua terkaya di dunia. Belajarlah daripada beliau, belajarlah daripada kejayaan beliau dan anda juga boleh berjaya.
Pasaran saham adalah suatu yang sangat asing bagi saya ketika saya mula melabur. Ketika itu pada tahun 1960 dan saya berusia 21 tahun. Pada masa itu, saya hanyalah seorang pelajar yang tidak tahu apa-apa berkenaan pasaran saham. Selagi mana harganya rendah, saya akan menganggapnya murah. Saham terkurang nilai (undervalued stocks), saham harga wajar (fairly-priced stocks) dan saham terlebih nilai (overvalued stocks), semuanya sama sahaja kepada saya.
Walaubagaimanapun, saya bernasib baik kerana saya mengamalkan prinsip untuk membeli saham yang berupaya memberikan kadar dividen yang baik. Strategi saya ialah untuk menjual apabila saya telah memperolehi keuntungan modal melebihi 50%. Begitulah cara pelaburan saya dan saya dapati ianya memang menguntungkan. Saya tidak sedar yang saya sebenarnya membeli saham yang mempunyai asas yang kukuh pada harga yang wajar. Mungkin strategi pelaburan saya adalah “seumpama perniagaan”, sepertimana cara Waran Buffet melabur.
Pada bulan April 1993, pasaran saham Malaysia mengalami “super bull run” atau “pasaran bul/pasaran naik”. Daripada serendah 645 mata, Indeks Komposit BSKL mencapai mata tertinggi pernah dicatatkan iaitu 1332 mata. Pelbagai spekulasi dibuat dan harga saham naik mendadak. Begitu banyak aktiviti di pasaran. Jika ingin mendapatkan tempat duduk untuk melihat pasaran di syarikat broker, anda perlu beratur seawal jam 7.30 pagi! Semua orang, dimana-mana pelusuk pun bercakap mengenai saham. Tidak ada yang rugi. Semua orang membuat keuntungan. Saya menjual ketika penghujung pasaran bul dan mendapat ‘durian runtuh’.
Pada Februari 1997, nilai portfolio pelaburan saya meningkat kepada RM3,000,000 berbanding RM48,000 pada 20 tahun yang lalu.
Pada ketika itu, saya bukanlah pelabur yang sudah arif dan tahu secara mendalam mengenai pasaran saham. Tahun 1997 dan 1998 adalah tahun yang menghantui para pelabur seperti saya. Ketika itu, Indeks Komposit BSKL adalah pada 1279 mata pada Februari 2007. Saya membeli saham sebuah syarikat yang diniagakan di papan utama pada harga RM15 sesaham pada awal tahun 1997. Namun, pada bulan Ogos 1997, harganya jatuh kepada RM7.70 sesaham.
Setelah saya membeli pada harga tersebut, harganya terus merudum. Bertentangan dengan prinsip pelaburan bijak, saya terus membeli saham itu ketika harganya berterusan jatuh dan jatuh. Pada November 1997, harganya ialah cuma RM1.83. Saya ingat ia akan berhenti di situ, tetapi malangnya harganya terus menjunam. Pada Ogos 1998, harganya cuma 40.5 sen sesaham.
Sementara itu, portfolio pelaburan saya telah menjunam daripada RM3,000,000 kepada cuma RM50,000. Tiba-tiba, saya tersedar yang pembelian saham dalam aliran yang menurun dan terus bertahan dengan saham yang jatuh berterusan adalah tindakan yang sangat-sangat bodoh! Saya kemudiannya berpegang kepada pepatah “Never catch a falling dagger!”.
Setelah pengenalan dasar kawalan modal pada September 1998, ekonomi negara kembali pulih perlahan-lahan. Ketika itu, saya telah menjadi lebih bijak, setelah mempelajari asas, fundamental dan analisis teknikal. Pelaburan saya mula menjadi bijak dan bersifat “seumpama perniagaan”.
Pada April 2001, saya mula membeli saham-saham berdasarkan fundamental. Saya memilih syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik dan mempunyai potensi besar untuk berkembang. Jika ia membayar dividen yang baik dan syarikat itu terkurang nilai, saya terus memegang saham syarikat tersebut.
Pada September 2003, harga saham yang saya beli telah meningkat dan bersama dengan dividen yang diterima, saya sekali lagi mendapat ‘durian runtuh’.
* Kata-Kata Nasihat *
Kepada semua pelabur dan spekulator, inilah nasihat saya:
“Sentiasalah berpegang kepada prinsip nilai kepada wangElakkan membeli ketika aliran menurunJadikan corak pasaran sebagai panduanIkutlah ia sampai bila-bila
Jangan memegang saham yang rugiNasihat saya, kurangkan kerugian anda segera Jangan sia-siakan jika anda memperolehi peluang yang menguntungkanJangan jual terlalu awal, biarkan ia berterusan
Saham yang tidak popular dan terkurang nilai kurang menjadi pilihanBiasanya, saham popularlah yang akan menjadi tumpuanJika anda mahu, anda boleh ikut tindakan orang lain Berhati-hatilah, kerana anda mungkin jatuh dan menanggung kerugian
Pasaran saham adalah sangat menarik ketika dipuncakPastikan anda mengambil untung anda sebelum ia sempat jatuhJuallah saham anda ketika anda betul-betul sukakannyaAmbil keuntungan anda dan biarkan urusniaga ditamatkan
Beli saham apabila jumlah transaksi adalah pada kadar terendahKerana pasaran kemudiannya akan kelihatan sangat tidak menarikPelabur(investor)perlu membeli ketika harganya rendah dan menjual ketiga harganya tinggiPeniaga (trader) pula membeli ketika harganya tinggi dan pastikan anda menjualnya pada harga yang lebih tinggi
Suatu hari nanti, anda akan faham apa yang saya maksudkanPada ketika itu, anda adalah’pakar’ pasaran saham”
Kejayaan dalam apa-apa bidangpun memerlukan usaha. Begitu juga dengan pasaran saham. Untuk berjaya, pastikan anda mempunyai pengetahuan dan bijak menyusun strategi, berdisiplin untuk menjalankan pelan pelaburan anda, sabar, tabah dalam menghadapi dugaan, mempunyai modal yang mencukupi dan yang paling penting sekali, mempunyai keinginan untuk berjaya. Demikianlah ciri-ciri peniaga yang berjaya dan amalkan nasihat Benjamin Graham tadi.
“Melaburlah dengan Ilmu” kerana ia akan memberikan dividen yang terbaik. Inilah falsafah pelaburan saya.

Penolak Tuntutan (disclaimer): Sebarang pendapat yang diberikan dalam artikel ini adalah kepunyaan penulis sepenuhnya.

Siri Bengkel Pelaburan





SIRI BENGKEL PELABURAN

Kata penasihat pelaburan, jika anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai pasaran begitu juga masa untuk merancang dan mengawasi pelaburan anda; lebih baik jangan berurus niaga saham sendiri sebaliknya melabur dalam dana unit amanah, di mana pengurus dana profesional menjalankan tugas lebih baik dalam mengurus pelaburan anda.
Walau bagaimanapun, di Malaysia, lumrah bagi eksekutif, suri rumah, pesara, malah penjaja melibatkan diri dalam pasaran saham. Sebahagiannya mendapat keuntungan jangka pendek sementara yang lain terperangkap untuk jangka panjang apabila mereka membeli saham pada harga tinggi dan terus memegangnya walaupun pasaran menjunam. Bagaimana hendak mengurus risiko pasaran yang melawan arah aliran yang kita harapkan? Bilakah kita perlu mengelak daripada terus rugi?Berikut ialah ringkasan daripada tujuh pelajaran tersebut.
Pelajaran 1: Mengapa melabur?
Mengapa penting mempunyai pengetahuan melabur.
Mengapa penting mempunyai perancangan dan bagaimana anda boleh mencapainya.
Bagaimana anda boleh mengumpul sumber yang diperlukan untuk melaksanakan perancangan anda.
Pelajaran 2: Membina lebihan
Bagaimana hendak menyimpan dan menyelenggara imbangan kira-kira peribadi dan penyata pendapatan.
Mengapa anda perlu membuat taksiran aset dan tanggungan.
Pelajaran 3: Mula melabur
Melabur degan cermat.
Memahami mengapa masa perlu dijadikan rakan pelaburan.
Guna prinsipal pempelbagaian untuk meminimumkan risiko dalam penstrukturan portfolio anda.
Pelajaran 4: Melabur dalam apa?
Pelajari bagaimana menguntukkan aset anda.
Pelajari mengenai beberapa produk lain bursa yang boleh meningkatkan prestasi anda jika ia digunakan secara terpilih dan dengan pemahaman.
Pelajaran 5: Membina portfolio ekuiti
Mengetahui cara mencari dan melabur dalam saham yang sesuai dengan objektif pelaburan anda.
Mengetahui ciri-ciri pelabur yang berjaya.
Pelajaran 6: Penilaian saham
Mengenali proses analisis fundamental dan teknikal.
Mengurus risiko.
Pelajaran 7: Produk pelaburan lain
Mengetahui lebih banyak lagi tentang produk pelaburan lain
Mengetahui sama ada sesuatu produk pelaburan bersesuaian dengan kehendak anda
Belajar cara menggunakan skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pelaburan
Mana satu pilihan anda? Dapat RM1,000 sekarang atau RM1,000 dalam masa lima tahun lagi?
Sudah tentu jawapan anda ialah dapat RM1,000 sekarang. Sebabnya, wang yang diterima lebih awal boleh digunakan untuk tujuan pelaburan atau dibelanjakan. Konsep ini dirujuk sebagai nilai masa wang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsep ini, sila klik di sini

Pelajaran 9: Modul 2 - Mengukur risiko dan pulangan daripada sesuatu pelaburanSebagai pelabur yang melabur dalam saham atau unit amanah, adakah anda benar-benar tahu bagaimana untuk mengira pulangan atau kadar hasil tempoh pemegangan daripada pelaburan anda? Adakah perkataan seperti varians, sisihan piawai dan koefisien variasi bunyinya asing bagi anda? Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana mengukur pulangan dan risiko dalam sesuatu pelaburan.

Pelajaran 10: Modul 3 - Dividen
Selain mendapat perolehan daripada untung modal, pemegang saham boleh juga memperoleh dividen. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dividen.

Pelajaran 11: Modul 4 - Indeks pasaran saham
“Bagaimana indeks ditutup hari ini?” ialah soalan yang kerap ditanya di kalangan pelabur. Tetapi, apakah maknanya yang sebenar? Ketahui mengenai kepentingan indeks pasaran saham kepada pelabur dan proses pelaburan di sini.

Pelajaran 12: Pelaburan dan Risiko Anda
Keputusan pelaburan pada dasarnya ialah suatu keputusan untuk mengambil risiko. Pelajari tentang jenis-jenis risiko berbeza yang boleh memberi mempengaruhi pelaburan anda.

Pelajaran 13: Apakah pecahan saham?
Adakah anda rugi atau untung apabila syarikat yang anda membuat pelaburan melaksanakan pecahan saham?

Pelajaran 14: Bayaran dan Caj bagi Unit Amanah
Apakah bayaran dan caj yang dikenakan apabila anda melabur dalam dana unit amanah?

Pelajaran 15: Sistem Penyelesaian T+3
Ketahui bagaimana sistem ini dilaksanakan dan elakkan kos pelaburan yang tidak perlu.

Pelajaran 16: Risiko dagangan kontra
Bolehkah anda mendapat keuntungan mudah melalui perdagangan kontra saham? Lupakan saja.
Pelajaran 17: Sepuluh Soalan Utama Pelaburan Terjawab
Orang Ringgit menjawab soalan lazim mengenai pelaburan.

Pelajaran 18: Bul dan Bear
Sebagai pelabur, anda mungkin pernah mendengar tentang pasaran “bul” dan “bear”. Tetapi, adakah anda tahu mengapa dua haiwan ini dijadikan simbol bagi pasaran saham?

Menipu Wang Syarikat



Kita pernah mendengar dan membaca mengenai keruntuhan badan-badan korporat seperti Enron, Worldcom, dan Global Crossing di Amerika, yang sebab utamanya ialah tipu helah kewangan yang dilakukan oleh mereka yang diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat-syarikat ini. Skandal tersebut menjadi perbualan dunia korporat selama berbulan-bulan, menarik liputan media dan mengejutkan para pengawal selia. Ini menyebabkan kita berfikir bagaimana teknik perakaunan yang kreatif boleh digunakan untuk mengeluarkan berjuta-juta atau berbilion-bilion ringgit daripada sesebuah syarikat tanpa dapat dikesan.

Apakah yang merangsang penipuan?
Pada waktu meleset dan pasaran saham menjadi bearis, ramai pelabur tergesa-gesa untuk keluar daripada pasaran, terutama apabila mereka melihat harga saham mereka mengalami kejatuhan setiap hari. Ini lebih dirasakan lagi jika syarikat yang dilaburkan itu tidak menunjukkan prestasi yang baik, dan menurut pandangan pemegang saham, berkemungkinan besar syarikat itu akan merosot lebih teruk dalam keadaan ekonomi yang meleset. Pelabur yang memiliki satu atau dua lot saham tidak menghadapi tekanan yang besar kerana kerugian mereka tidaklah sebanyak yang dialami oleh pemegang saham utama yang memiliki beribu-ribu lot saham. Sebahagian daripada pemegang saham yang besar ini mungkin mahu keluar daripada pasaran seberapa cepat yang boleh. Walau bagaimanapun, masalah timbul apabila pemegangan saham mereka dalam sesebuah syarikat itu terlalu besar sementara permintaan bagi saham itu terlalu rendah di pasaran, menyebabkan sukar bagi mereka keluar daripada pasaran pada harga yang dikehendaki.

Sesetengah pemegang saham menunggu sehingga pasaran menjadi bulis, tetapi sebahagian lagi tidak mahu menunggu. Ada orang tidak segan silu untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan walaupun melalui penipuan. Di sini diberikan contoh bagaimana seorang pemegang saham terbesar dalam sebuah syarikat awam tersenarai merancang satu bentuk penipuan untuk membolehkannya keluar daripada syarikatnya dengan keuntungan yang dikehendaki – dengan menipu hak pemegang saham minoriti.

Bagaimana pemegang saham minoriti tertipu
Encik A ialah pemegang saham yang besar dalam sebuah syarikat awam tersenarai (PLC) A, Encik B ialah pengarah PLC B manakala Encik X pula, yang kononnya perunding cara perniagaan, adalah perancang kepada penipuan itu.

Encik A, pemegang saham yang besar bagi PLC A mahu menjual kepentingannya dalam syarikat itu. Saham yang dibelinya pada harga RM9 sesaham itu menjunam kepada RM2 sesaham. Encik A menghadapi tekanan untuk menjual sahamnya kerana ketika membeli saham-saham PLC A dahulu, dia menggunakan pinjaman bank dan faedahnya semakin terkumpul. Walau bagaimanapun, disebabkan pasaran terlalu bearis, Encik A tidak dapat menjual saham-sahamnya di pasaran terbuka pada harga yang dikehendakinya. Selain itu, harga sebanyak RM2 sesaham tidak mencukupi untuk membolehkannya membayar pinjaman bank campur faedah. Oleh itu, dia mencari “rakan-rakan” yang sanggup membeli saham-saham itu pada harga RM11.00 sesaham. Secara logiknya, kita tentu fikir bahawa pelabur yang bijak tidak akan membayar harga yang begitu tinggi untuk saham yang bernilai cuma RM2 di pasaran terbuka. Walau bagaimanapun, yang berlaku adalah di sebaliknya. Encik X mendatangi Encik A dan menawarkan untuk membayar harga yang dikehendaki oleh Encik A, dengan syarat Encik X dibenarkan menguruskan akaun dan aset syarikat.

Untuk memudahcarakan kemasukannya ke dalam PLC A, Encik X diminta membayar sejumlah deposit kepada Encik A. Tetapi Encik X tidak ada wang. Jadi, dia menemui Encik B, pengarah PLC B, untuk mendapatkan “pinjaman peribadi” sambil berjanji akan membayar faedah yang tinggi ketika membayar balik pinjaman itu. Encik X kemudian membayar deposit yang diminta kepada Encik A dan berjaya menyertai PLC A sebagai perunding cara perniagaan. Sebagai perunding cara perniagaan, dia mendapat akses dalam PLC A yang membolehkannya mengendalikan PLC A mengikut kehendaknya. Dia kemudiannya melaksanakan rancangannya untuk menggunakan dana PLC A bagi membayar depositnya kepada Encik B, baki pembelian kepada Encik A, dan mengambil baki wang itu untuk dirinya sendiri.

Walau bagaimanapun, sambil masa berlalu, tempoh pembayaran balik pinjaman peribadinya itu pun matang. Encik X masih belum membayar hutang pinjamannya itu kepada Encik B. Encik B mula tidak sabar dan mendesak supaya Encik X mengembalikan wang yang dipinjamnya. Walau bagaimanapun, Encik X tidak mempunyai wang untuk membayar Encik B, disebabkan dia memerlukan masa untuk mengeluarkan aset PLC A, dan segala-galanya tidak berjalan lancar sebagaimana yang dikehendakinya. Tetapi, Encik X yang bijak dan licik itu berjaya menenangkan Encik B dengan memberi jaminan yang dia akan mendapat semula wangnya jika dia menurut rancangan Encik X. Encik X mencipta satu “perjanjian pinjaman” antara PLC A, yang kini bawah kuasanya, dan PLC B yang dikuasai oleh Encik B, mengambil kesempatan daripada hubungan usaha sama yang telah pun terjalin antara kedua-dua syarikat tersebut. Bawah perjanjian usaha sama ini, PLC B diminta menyediakan pinjaman (bagi satu jumlah yang sama dengan jumlah pinjaman peribadi Encik X campur faedahnya sekali, daripada Encik B) untuk PLC A, sebagai membiayai projek usaha sama mereka. Walaupun pada zahirnya ini dilakukan mengikut peraturan, tetapi sebenarnya, wang yang dibayar oleh PLC B tidak pergi kepada PLC A, sebaliknya masuk terus ke poket Encik B. Melalui cara ini, Encik B berjaya mendapatkan semula wang yang dipinjamkannya campur faedah daripada Encik X manakala Encik X pula berjaya mengalihkan liabiliti peribadinya kepada PLC A melalui strategi hutang buku (book debt). Untuk mengabui mata orang lain mengenai transaksi ini, buku akaun kedua-dua PLC A dan PLC B dipalsukan melalui kemasukan butiran perakaunan seperti yang berikut:

Perkara Kemasukan Perakaunan dalam PLC A Kemasukan Perakaunan dalam PLC B
Pembentukan “perjanjian pinjaman” antara PLC A dan B. Kredit “Liabiliti” bagi wang yang dipinjam daripada rakan kongsi usaha sama (PLC B) Debit “Aset” bagi wang yang dipinjamkan kepada rakan kongsi usaha sama (PLC A)
“Wang hilang” daripada PLC B Debit akaun “Perbelanjaan Pembangunan” sebagai kos pembangunan bagi projek Kredit akaun “Tunai” sebagai wang yang dibayar

Sebagai kesimpulan, Encik X berjaya memindahkan hutang peribadinya kepada PLC A dan PLC B dengan penggunaan teknik perakaunan yang menyebabkan hanya kedua-dua syarikat itu yang terpaksa menanggung semua kos.
Apa yang anda boleh lakukan!
Yang diberikan di atas ialah contoh pecah amanah dan pelanggaran tanggungjawab fisudiari oleh pengarah. Para pelabur, terutama pemegang saham minoriti, harus sentiasa melaksanakan hak mereka untuk mendapatkan maklumat dan belajar meneliti laporan tahunan atau suku tahun syarikat (juga boleh didapati di tapak web BSKL, www.klse.com.my) untuk melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penipuan sebegini. Sentiasa pantau pelaburan anda! Dan di mana perlu, suarakan pandangan anda pada mesyuarat agung tahunan (AGM) sekiranya anda tidak suka dengan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah. Sekiranya anda mengesyaki sebarang tata laku salah di kalangan para pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai-pegawai lain syarikat itu, anda boleh membuat laporan kepada:

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tingkat 2, 11-17 Putra Place
100 Jalan Putra
50622 Kuala Lumpur
Tel: 03-4043 3366
Faks: 03-4049 2313
Emel: tanya@ssm.gov.my

Aduan mengenai penipuan atau pecah amanah, misalnya pengeluaran wang syarikat oleh pengarah (atau pengarah-pengarah) atau oleh pegawai (atau pegawai-pegawai), harus dilaporkan kepada polis bagi membolehkan mereka menyiasat kesalahan tata laku bawah Kanun Keseksaan. Aduan tersebut boleh diajukan kepada:

Polis Diraja Malaysia
Jabatan Siasatan Jenayah
Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan
Polis Diraja Malaysia
Kompleks Kerajaan Bukit Perdana
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel: 2693 0245
Faks: 2693 0423

Taktik Penipuan oleh Pengarah Korporat



Transaksi seperti "pendahuluan" dan "peruntukan bagi hutang ragu" dalam penyata kewangan, patut diawasi dengan teliti terutama jika juruaudit mengesahkan laporan itu. Ini merupakan dua antara begitu banyak cara yang boleh digunakan oleh para pengarah atau pemegang saham yang besar untuk memanipulasi kemasukan butir-butir perakaunan untuk kepentingan mereka sendiri.
Lain kali jika anda bertemu dengan kemasukan begini, jangan cepat menerimanya begitu sahaja.
Disertakan di sini satu cerita rekaan, tetapi dengan beberapa aspek yang diambil daripada kes-kes salah laku sebenar, yang bermaksud untuk memperlihatkan bagaimana “pendahuluan” dan “peruntukan bagi hutang ragu” boleh digunakan untuk mengayakan individu tertentu sehingga menjejaskan syarikat-syarikat tersenarai awam dan pemegang saham minoritinya
Cerita bermula...
Beberapa tahun lalu, seorang pengarah memberikan jaminan keuntungan bernilai RM10 juta untuk PLC A dalam kapasitinya sebagai pengarah, dan penganjur, sempena pelaksanaan penyenaraian syarikat itu. Sudah tentulah, jaminan itu bermakna pengarah tersebut perlu memastikan syarikat mencapai tahap keuntungan itu.
Tetapi segala-galanya tidak berlaku menurut perancangan, dan syarikat gagal mencapai jaminan keuntungan itu. Syarikat itu, terutama pengarahnya, juga mengalami banyak masalah. Kesan daripada itu, syarikat merekodkan kegagalannya (dalam jaminan keuntungan), sebagai “jumlah terhutang daripada Pengarah Encik A".
Taktik Penipuan oleh Pengarah Korporat
Bagaimana dia berjaya melakukannya? Memang menakjubkan kerana kadangkala perancangan paling licik, jika dikaji, sebenarnya mudah sahaja.
Begini cara dia melakukannya. Pengarah itu mendahulukan pinjaman RM15 juta kepada PLC A (nota: ini lebih RM5 juta daripada RM10 juta yang dia terhutang kepada syarikat).
Kemasukan perakaunan bagi transaksi ini direkodkan seperti yang berikut:
Debit Kredit
Tunai (PLC A menerima wang tunai daripada Encik A) Terhutang kepada pengarah, Encik A
Pengarah itu kemudian mengarahkan PLC A untuk meminjamkan RM15 juta kepada B Sdn Bhd (sebuah syarikat yang ada hubung kait dengannya) sebagai modal kerja syarikat B. Langkah ini pada dasarnya adalah sah kerana PLC A memang dalam proses untuk memperoleh B Sdn Bhd.
Kemasukan perakaunan bagi transaksi ini direkodkan dalam buku PLC A seperti yang berikut:
Debit Kredit
Jumlah yang terhutang oleh syarikat B Tunai
Ini bermakna, tidak ada wang yang dipindahkan ke dalam PLC A daripada poket pengarah berkenaan tetapi dipindahkan dengan segera kepada B Sdn Bhd sebagai "bayaran pendahuluan."
Secara kebetulan, cadangan pemerolehan B Sdn Bhd tidak terlaksana. Kesannya, syarikat itu tidak digabungkan ke dalam PLC A. B Sdn Bhd tidak mampu membayar balik RM15 juta kepada PLC A. Ini memang sudah dijangkakan kerana pendahuluan itu sudah dibayar kepada pengarah tersebut. Akibatnya, PLC A terpaksa menghapus kira hutang dan menanggung kerugian RM15 juta. PLC A membuat peruntukan hutang ragu bagi jumlah yang terhutang oleh B Sdn Bhd kepada syarikat tersenarai awam itu.
Ringkasnya, pengarah itu berjaya memanipulasi akaun PLC A.
Jadual 1 menunjukkan bagaimana pengarah itu berjaya menyelesaikan jaminan keuntungannya dengan menggunakan kemasukan perakaunan.
Jadual 1:
Peristiwa Kemasukan Perakaunan Jumlah (RM)
Pada awalnya Kegagalan jaminan keuntungan yang dibuat oleh pengarah Terhutang daripada pengarah, Encik A……..(x) 10 juta
Selepas itu Pengarah mendahulukan wangnya sendiri kepada PLC A Terhutang kepada pengarah, Encik A ………(y) 15 juta
Akhirnya Kemasukan kontra, iaitu debit y dan kredit x Jumlah bersih terhutang kepada pengarah, Encik A (baki antara x dan y) 5 juta

Kesannya – sepatutnya pengarah membayar RM10 juta kepada PLC A atas kegagalan jaminan keuntungan, tetapi sebaliknya dia berjaya mencuri RM5 juta daripada syarikat itu.
Pelanggaran undang-undang yang serius
Cerita ini ialah contoh pelanggaran seksyen 87A (penggunaan cara-cara manipulasi untuk menipu sesebuah syarikat) dan 122B (laporan palsu kepada SC) Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Selain itu, pengarah itu juga telah melanggar kewajipan fidusiarinya dan melakukan pecah amanah (CBT) dengan memperoleh keuntungan peribadi dengan menggunakan syarikat.
Walaupun pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas penjenayah seperti ini, para pelabur perlu memainkan peranan mereka. Didik diri anda. Belajar bagaimana membaca laporan tahunan syarikat dan penyata kewangannya.
Jika anda mengesyaki sebarang penipuan, laksanakan hak anda untuk menyuarakan pendapat dan tuntut penjelasan daripada ahli lembaga pengarah mengenai transaksi yang meragukan. Jangan teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan – Suruhanjaya Sekuriti (Unit Aduan – Tel: 03-6204 8999 or e-mel: aduan@seccom.com.my), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Tel: 03-4043 3366 atau e-mel tanya@ssm.gov.my) atau Polis Diraja Malaysia (Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan – Tel: 03-2693 0245).

Friday, October 17, 2008

Malaysia risks recession next year: MIER

Malaysia risks recession next year: MIER

17th October, 2008

KUALA LUMPUR: Leading think-tank in the nation on Thursday slashed its 2009 economic growth forecast for the country to 3.4 percent and said there was a risk of recession if the US economy tumbles.

The influential Malaysian Institute of Economic Research (MIER) said the economy was expected to expand by 5.3 percent in 2008 after a strong first half but that it would deteriorate in the new year.

It cut its 2009 forecast from 5.0 percent to 3.4 percent, in contrast to the government which in its 2009 budget unveiled in August predicted 5.4 percent growth next year. The economy grew by 6.3 percent in 2007.

“In the first half of the year the Malaysian economy did well but we don’t think this will be the case for the rest of the year given the flagging global economy,” MIER executive director Mohamed Ariff told a press conference.

“If the US economy goes into some kind of recession in… the first quarter or second quarter (of 2009) we think somewhere in the middle, second or third quarter, we may experience (technical recession),” he said.

“There is a 40 percent chance that Malaysia will register technical recession in 2009, meaning two quarters of negative growth and a 30 percent chance it could be a real recession lasting more than two quarters.”

However, Ariff said he did not expect a recession to be as severe as the 1997-98 regional financial crisis when the economy contracted sharply.

“This recession is going to be milder but I think (it’s) going to last longer,” he said.

Ariff said there could be a revision in official interest rates but it would not happen just yet. The central bank is expected to keep interest rates at 3.50 percent until the year-end.

Malaysia’s inflation jumped to a 26-year high of 8.5 percent in August, driven by the escalating cost of food and fuel, Ariff said that on the bright side, Malaysian banks were fundamentally strong and this would help keep the economy on the right footing, although there could be further risk as the crisis unfolds.

“All banks are adequately capitalised and the NPL (non-performing loans) problem actually for now is a non-issue because it is less than 3.0 percent of total bad loans, which is considered very low by any standards,” he said.

“But come next year there is a chance that the NPL problem may get worse if the real property sector and the construction sector caves in.”

Ariff said the political uncertainty that has paralysed the stock market and investment in recent months may compound Malaysia’s economic problems.

Thursday, October 16, 2008

Bank Negara Malaysia raided Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd.

Ref No: 10/08/03

Embargo: For immediate release
Bank Negara Malaysia Raided Four Companies on Suspicion of Conducting Illegal Deposit Taking & Money Laundering Activities
On 13 October 2008, Bank Negara Malaysia raided Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., and Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. under Section 25(1) of the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) 1989 and Section 4(1) of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act (AMLATFA) 2001. Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without having a valid license, whereas Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.
The raids were conducted at the premises of the companies in Kuala Lumpur, Selangor and Negeri Sembilan following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the companies were seized for purpose of the investigation.
Any person or company who commits an offence under Section 25(1) of BAFIA 1989 shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding RM10 million or to imprisonment for a term not exceeding 10 years or to both. Any person or company who commits an offence under Section 4(1) of AMLATFA 2001 shall on conviction, be liable to a fine not exceeding RM5 million or to imprisonment for a term not exceeding 5 years or to both.
Members of the public are advised to be cautious of investment schemes promoted on the internet, through phone calls or through seminars conducted by individuals or companies that are not licensed or authorized by Bank Negara Malaysia to accept deposits or to conduct foreign currency dealings. A list of all licensed institutions that accept deposits is available on Bank Negara Malaysia’s website at www.bnm.gov.my.
For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Walk-in Customer Service Centre)
Ground Floor, Block D
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
1-300-88-5465 or
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my
Bank Negara Malaysia
13 October 2008

Ada sesiapa dah join ? Gemilang Mirza Sdn Bhd.

Ada sesiapa dah join ? Gemilang Mirza Sdn Bhd

Posted on September 25, 2008.

Proprietor :Gemilang Mirza Sdn Bhd

Gemilang Mirza Sdn. Bhd. diasaskan oleh En. Awang Binting Pengiran Mat Salleh yang juga merangkap Pengarah syarikat.Konsep perniagaan syarikat ialah ‘Pembahagian Keuntungan’ berasaskan penjualan produk melalui perkongsian modal.

Produk keluaran Gemilang Mirza Sdn Bhd berasaskan produk makanan kesihatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan di iktiraf oleh KPDNHEP.Ia menepati standard kualiti yang ditetapkan dan kini berada di pasaran.

Sila berhubung dengan Pemodal atau Agen yang dilantik berkenaan jadual perkongsian modal dan pembahagian keuntungan. Anda boleh memilih pakej pelaburan 6 bulan atau 10 bulan dan boleh menambah jumlah modal pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan kemampuan anda.

Alamat Syarikat :
Sedco Shop,Lot Satu, Blok A, Peti Surat 738, 89608 Papar Sabah.
Tel/Fax : 088-916931
*Sebarang pertanyaan atau keraguan sila berhubung terus dengan pihak Syarikat.

sumber dari http://canggihlaksana.wordpress.com/

.Jadual Perkongsian Modal Dan Pembahagian Keuntungan.

.Tempoh Pelaburan 6 Bulan.

Modal RM Pulangan RM x 6 Bulan Jumlah RM Untung RM
1000 292 1752 752
2000 584 3504 1504
3000 876 5256 2256