Saturday, October 18, 2008

Siri Bengkel Pelaburan





SIRI BENGKEL PELABURAN

Kata penasihat pelaburan, jika anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai pasaran begitu juga masa untuk merancang dan mengawasi pelaburan anda; lebih baik jangan berurus niaga saham sendiri sebaliknya melabur dalam dana unit amanah, di mana pengurus dana profesional menjalankan tugas lebih baik dalam mengurus pelaburan anda.
Walau bagaimanapun, di Malaysia, lumrah bagi eksekutif, suri rumah, pesara, malah penjaja melibatkan diri dalam pasaran saham. Sebahagiannya mendapat keuntungan jangka pendek sementara yang lain terperangkap untuk jangka panjang apabila mereka membeli saham pada harga tinggi dan terus memegangnya walaupun pasaran menjunam. Bagaimana hendak mengurus risiko pasaran yang melawan arah aliran yang kita harapkan? Bilakah kita perlu mengelak daripada terus rugi?Berikut ialah ringkasan daripada tujuh pelajaran tersebut.
Pelajaran 1: Mengapa melabur?
Mengapa penting mempunyai pengetahuan melabur.
Mengapa penting mempunyai perancangan dan bagaimana anda boleh mencapainya.
Bagaimana anda boleh mengumpul sumber yang diperlukan untuk melaksanakan perancangan anda.
Pelajaran 2: Membina lebihan
Bagaimana hendak menyimpan dan menyelenggara imbangan kira-kira peribadi dan penyata pendapatan.
Mengapa anda perlu membuat taksiran aset dan tanggungan.
Pelajaran 3: Mula melabur
Melabur degan cermat.
Memahami mengapa masa perlu dijadikan rakan pelaburan.
Guna prinsipal pempelbagaian untuk meminimumkan risiko dalam penstrukturan portfolio anda.
Pelajaran 4: Melabur dalam apa?
Pelajari bagaimana menguntukkan aset anda.
Pelajari mengenai beberapa produk lain bursa yang boleh meningkatkan prestasi anda jika ia digunakan secara terpilih dan dengan pemahaman.
Pelajaran 5: Membina portfolio ekuiti
Mengetahui cara mencari dan melabur dalam saham yang sesuai dengan objektif pelaburan anda.
Mengetahui ciri-ciri pelabur yang berjaya.
Pelajaran 6: Penilaian saham
Mengenali proses analisis fundamental dan teknikal.
Mengurus risiko.
Pelajaran 7: Produk pelaburan lain
Mengetahui lebih banyak lagi tentang produk pelaburan lain
Mengetahui sama ada sesuatu produk pelaburan bersesuaian dengan kehendak anda
Belajar cara menggunakan skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pelaburan
Mana satu pilihan anda? Dapat RM1,000 sekarang atau RM1,000 dalam masa lima tahun lagi?
Sudah tentu jawapan anda ialah dapat RM1,000 sekarang. Sebabnya, wang yang diterima lebih awal boleh digunakan untuk tujuan pelaburan atau dibelanjakan. Konsep ini dirujuk sebagai nilai masa wang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsep ini, sila klik di sini

Pelajaran 9: Modul 2 - Mengukur risiko dan pulangan daripada sesuatu pelaburanSebagai pelabur yang melabur dalam saham atau unit amanah, adakah anda benar-benar tahu bagaimana untuk mengira pulangan atau kadar hasil tempoh pemegangan daripada pelaburan anda? Adakah perkataan seperti varians, sisihan piawai dan koefisien variasi bunyinya asing bagi anda? Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana mengukur pulangan dan risiko dalam sesuatu pelaburan.

Pelajaran 10: Modul 3 - Dividen
Selain mendapat perolehan daripada untung modal, pemegang saham boleh juga memperoleh dividen. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dividen.

Pelajaran 11: Modul 4 - Indeks pasaran saham
“Bagaimana indeks ditutup hari ini?” ialah soalan yang kerap ditanya di kalangan pelabur. Tetapi, apakah maknanya yang sebenar? Ketahui mengenai kepentingan indeks pasaran saham kepada pelabur dan proses pelaburan di sini.

Pelajaran 12: Pelaburan dan Risiko Anda
Keputusan pelaburan pada dasarnya ialah suatu keputusan untuk mengambil risiko. Pelajari tentang jenis-jenis risiko berbeza yang boleh memberi mempengaruhi pelaburan anda.

Pelajaran 13: Apakah pecahan saham?
Adakah anda rugi atau untung apabila syarikat yang anda membuat pelaburan melaksanakan pecahan saham?

Pelajaran 14: Bayaran dan Caj bagi Unit Amanah
Apakah bayaran dan caj yang dikenakan apabila anda melabur dalam dana unit amanah?

Pelajaran 15: Sistem Penyelesaian T+3
Ketahui bagaimana sistem ini dilaksanakan dan elakkan kos pelaburan yang tidak perlu.

Pelajaran 16: Risiko dagangan kontra
Bolehkah anda mendapat keuntungan mudah melalui perdagangan kontra saham? Lupakan saja.
Pelajaran 17: Sepuluh Soalan Utama Pelaburan Terjawab
Orang Ringgit menjawab soalan lazim mengenai pelaburan.

Pelajaran 18: Bul dan Bear
Sebagai pelabur, anda mungkin pernah mendengar tentang pasaran “bul” dan “bear”. Tetapi, adakah anda tahu mengapa dua haiwan ini dijadikan simbol bagi pasaran saham?

No comments: